RESEPI - Bunga Kobis Habbatus Sauda

oleh: purplerossaBunga Kobis Habatus Sauda

Cauliflower_n_nigella2
resipi selera bollywood yg dipetik dari ecurry.com.. habatus sauda atau nama lainnya nigella seed ni banyak khasiatnya..sgt bagus jika diamalkan pengambilannya..aromanya pon bess!selamat mencuba ;)

Created on : 07-02-2012

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 1 gugus bunga kobis,dipotong2 menjadi bahagian2 kecil
  • 2 biji kentang,dipotong dadu anggaran 1"
  • 2 sudu besar minyak,atau secukupnya
  • 1 sudu kecil biji habatus sauda/nigella seed
  • 1/2 sudu kecil biji sawi
  • 4-5 biji cili hijau,dibelah 4
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1/4 cawan air

Cara-cara

  1. Nigella_seed
    Panaskan minyak dan masukkan biji habatus sauda.(Gambar courtesy of cik google..)
  2. Bila dh mula sizzle,masukkan biji sawi dan cili hijau dan kacau.Hati2 kerana biji2an ni akan melotup2..
  3. Sebaik saje diorang ni melotup,masukkan bunga kobis dan kentang.Kacau rata dan sebatikansmua bahan agar sayur2 dilitupi dgn bijian tadi.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau seketika dengan api besar,slama beberapa minit,dan bunga kobis & kentang kelihatan keperangan
  5. Tambahkan air,kacau kejap,tutup kuali dan masak lagi dng api rendah..jgn lama sgt.. bukak penutup dan check,sekadar sayur tadi empuk dan masih tegar.klau bunga kobis lembik,tak sedap..
  6. Dah siap..sesuai dihidangkan dengan puri,chapati atau mana2 flatbread yg lain..ngn nasik panas pon sodap!

Post a Comment

 
Support : Copyright 2014 | by Faqih |
Copyright © 2014. Al Syifa' Sauda - All Rights Reserved
by Al Syifa' Sauda Published by Al Syifa' Sauda
Proudly powered by Blogger