ELAK AL HABBATUS SAUDA KETIKA HAMIL

BOLEHKAH MAKAN HABBATUSSAUDA' SEMASA HAMIL?


Di dalam buku Perubatan Nabi, tulisan Imam Ibn Qayyim sendiri telah menjelaskan mengenai pengambilan Habbatus Sauda untuk wanita yang hamil.

Menurut Imam Ibn Qayyim, wanita yang sedang hamil atau merancang untuk hamil tidak digalakkan atau elakkan dari mengambil Habbatus Sauda walaupun Habbatus Sauda mujarab dalam mengubati pelbagai jenis penyakit terutamanya yang mengalami masalah alahan ataupun selsema.

Habbatus Sauda mempunyai kesan dalam pengecutan rahim yang boleh menghalang kehamilan, menyebabkan kelahiran awal atau keguguran jika diambil secara berlebihan semasa sedang hamil.

Kesimpulannya, Wanita yang sedang hamil atau merancang untuk hamil elakkan dari mengambil Habbatus Suada. Habbatus Sauda yang mempunyai kesan pengecutan rahim ini baik diamalkan oleh wanita selepas melahirkan anak.

Selain membantu mengecutkan rahim selepas bersalin, Habbatus Sauda juga terbukti membantu penghasilan susu ibu. Jika amalkan Habbatus Sauda selepas bersalin, Insya-Allah pengeluaran susu ibu untuk bayi akan bertambah banyak.

Berlawanan dengan wanita. Bagi orang lelaki pula, Habbatus Sauda membantu dalam meningkatkan kesuburan lelaki. Habbatus sauda didapati membantu meningkatkan kuantiti sperma di dalam air mani lelaki dan meningkatkan paras hormon testosteron. Jadi, jika sedang merancang untuk mendapatkan anak, eloklah suami mengamalkan supplemen Habbatus sauda.

Selain daripada kesuburan lelaki. Paras hormon testosteron juga membantu orang lelaki untuk terus bertenaga dan bersemangat seperti yang ditulis oleh Ibnu Sina di dalam Buku Perubatannya, Habbatus Sauda boleh merangsang tenaga, membantu menghilangkan keletihan dan boleh memulihkan semangat.

Insya-Allah, kita boleh cuba sendiri dan rasa bagaimana perbezaannya selepas mengamalkan Habbatus Sauda seperti yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w.

Abd Rahman Baco
Penulis & Ahli Farmasi

Post a Comment

 
Support : Copyright 2014 | by Faqih |
Copyright © 2014. Al Syifa' Sauda - All Rights Reserved
by Al Syifa' Sauda Published by Al Syifa' Sauda
Proudly powered by Blogger